FUNGSI SETIAP TEKNOLOGI BARU DALAM IR 4.0



SIMULASI

Simulasi kerap digunakan di dalam penciptaan sesuatu produk. Ianya juga boleh digunakan di dalam skop yang lebih besar contohnya dalam penstrukturan semula proses dalam sesebuah kilang. Dengan ini, masalah yang mungkin berlaku dapat dikenal pasti dalam peringkat yang lebih awal. Contohnya, jika sesebuah kilang tersebut ingin menukar robot yang lama kepada robot yang baru, simulasi boleh dijalankan dengan pelbagai pembolehubah seperti kelajuan robot tersebut. Jika robot tersebut beroperasi dengan terlalu laju, ia mungkin akan rosak. Dan ini boleh dikenal pasti dalam proses simulasi.



INTERNET OF THINGS (IOT)

Iot membabitkan perluasan ketersambungan internet melalui alat standard seperti komputer dan telefon pintar yang membenarkan ia berkomunikasi sesama sendiri ,boleh diperhatikan dan dikawal dari jauh.Sejajar dengan perkembangan teknologi ini, banyak syarikat perusahaan besar seperti Intel, Microsoft, Oracle, Amazon Web Services, Cisco,Huawei dan LG berlumba-lumba mengeluarkan produk berasaskan teknologi IoT.Selain itu, penemuan Radio Frequency Identification (RFID) pada tahun sama merancakkan lagi pengkomersialan IoT.RFID adalah sistem identifikasi berasaskan sistem tanpa wayar yang memungkinkan pengambilan data tanpa bersentuhan seperti kod bar atau kad magnetik. Permintaan tinggi juga menjadi faktor produk IoT memenuhi pasaran.Teknologi besar ini, termasuk dalam Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang memberi manfaat cukup besar dalam kehidupan manusia hari ini. Antara industri utama mengaplikasi teknologi IoT ialah industri peruncitan dan pengurusan bekalan.IoT membolehkan sistem bekalan lebih sistematik, mengurangkan penggunaan tenaga kerja, sistem dagangan dan logistik yang lebih tersusun serta penyelesaian berkesan kepada masalah kecurian.Pemilik rumah juga mengambil kesempatan manfaat IoT untuk menjadikan tempat tinggal mereka dikenali sebagai Rumah Pintar (Smart House).






PERKOMPUTERAN AWAN

Perkomputeran awan berlaku apabila memuatnaik data-data milik ke sebuah laman web kemudian data yang anda sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.Perkomputeran awan boleh dijalankan bila-bila masa, dari mana-mana saja, biasanya dengan menggunakan website percuma atau aplikasi web percuma seperti Google Docs. Perkomputeran awan semakin banyak digunakan. Syarikat besar juga menggunakan perkomputeran awan sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan walau tidak bersua muka, tapi berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan perkomputeran awan sebagai tempat untuk menyimpan data-data penting. Menjimatkan kertas, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga dan menjimatkan wang








No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

 Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini...